Sunday 31 January 2010

shopping!!

weekend ini saya sangat busy! bukannya busy dengan wat keje ke ape,tapi busy berjalan2 ke sana ke mari sambil menghabiskan duit. 2 hari lepas(jumaat),scholar masuk. yeay! saya gembira. tetapi..............dalam masa 2 hari duit saya da jadi x sampai separuh. at least,saya tahu saya guna untuk ape dan saya nampak barang2 apa yang saya beli. kalau selama ni,selalu terasa duit hilang ntah ke mana,tapi barang yang dibeli xder pape.

semalam,pagi2 hari da bangun. kul 9 saya da tercongok depan laptop. bukan senang nak bangun pagi time weekend,tapi digagahkan juga diri ini untuk bangun sebab nak pegi softbank dengan tujuan yang tertentu=)) lepas pegi softbank,pegi UNI CLO. alang2 da dekat tu,jalan2 kejap. sangat giler bila tengok baju tengah sale! pulak tu,ade berkenan dengan baju yang sangat comel. last2,saya rembat 3 helai baju. ok!! rasanya da lama x shopping baju,so boleh dimaafkan=))

balik tgh hari tu,terasa sangat lapar. saya dengan yas singgah dekat Joyfull. call ain + ila suruh datang sebab memang da janji nak makan sama2 kat Joyfull. lepak kat Joyfull berjam2,then balik ryou. lepas maghrib,turun main badminton ramai2 sampai kul 8.30 p.m. sebab terlalu penat,kul 10.30 p.m. saya da penin2 + x larat nak bukak mata. da x pikir pasal cuci muka n gosok gigi,terus tarik futon. zzzzzzzzzz~~

pagi tadi,kul 10 a.m. ila datang ketuk bilik..
ila:nina,nak gi jusco??
saya:sape yang gi?
ila:ore ngan ain jer..
saya:nak pegi la jugak=))

kul 11 pegi jusco,balik kul 5. penat!! sebenarnya niat pegi jusco just nak berjalan2 je. tapi,last2 bila da pegi jusco,nampak baju yang sangat murah. hari ni beli baju selai lagi. pastu shopping lagi menda2 lain. sangat heaven!! bila balik ryou,tengok purse,KERING!! haha. pape pun,saya puas ati=))

balik dari jusco,turun main badminton lagi. even penat pun x kisah,asal boleh main ramai2. saya suka!! lepas tu,balik masak. sangat x larat dan sekarang ni rasa sangat mengantuk. esok da hari isnin. malas sangat nak pegi kelas. ponteng???? hahaha

fuh!! weekend ini sangat full. tapi,yang penting saya gembira:))

Thursday 28 January 2010

risau tapi malas

saya sangat risau pasal sotsuken dan sotsuron. tapi,saya sangat malas nak buat. memang saya tahu saya sangat bermasalah!!
..sekian terima kasih..

mission

mission in action!! aku skang ni tengah dok cari kawan2 sekolah rendah kat fesbuk. malam tadi ada la jugak jumpa 5 6 orang. x boleh nak kontek dengan semua orang sebab x semua kawan2 aku ader fesbuk. bila sembang ngan kawan2 lama,aku terasa rindu yang teramat sangat kat diorang. kalau boleh aku nak balik msia sekarang jugak. nak jumpa dengan diorang. tapi takpe,kitorang da janji,nanti aku balik msia,nak wat reunion. yeay!! seriesly aku rasa x sabar~

bila sembang2 ngan diorang,aku tau la bahawasanya da ramai kawan2 aku yang kawen. yang da tunang pun ramai. pulak tu x boleh blah bila diorang tanya kat aku,nak kawen bila? haha.. soklan ni aku pass=)) memang aku x mampu nak jawab. pape pon,nanti jumpa ngan diorang,nak berciter banyak2:))

Wednesday 27 January 2010

something

saya terasa `something happened`. dan saya tau ianya memang sangat tidak disangka. kalau boleh nak lari jauh2. tapi,x boleh! saya kena berusaha untuk setel menda ni. tapi,hakikatnya memang x boleh nak tipu diri sendiri:((

Tuesday 26 January 2010

give up

subjek 数値解析 sangat susah! sepanjang setahun saya belajar,tidak mengetahui apa2. dan tidak ada ilmu langsung. sudah mahu give up kat subjek ni. da x kisah nak jadik ape pun,jadik la. last week ader exam dan saya dapat markah ............. je. FAILED!! lusa ader saishi! sangat malas nak studi. sebab da tau mesti x dapat jawab jugak even stadi bagai nak terkeluar bijik mata. rasa macam x mau pergi amik saishi,tapi sebab segan dengan sensei,terpaksa pergi jugak nanti. urghhhhh!!! dalam kepala otak sekarang ni juz terpikir nak give up nak give nak give up!!

tetiba..

lately tetiba aku rasa macam2. semalam bila tengok gambar aqilah yang latest,aku rasa macam nak balik msia. da la time2 macam ni lagi la menguatkan ati aku untuk mahu pulang ke malaysia. tapi,aku tahu x boleh! kena sabar sampai bulan 8 ni. insya Allah boley balik.

pastu dari last week,aku rasa semacam. aku lapar,tapi kalau tengok makanan macam nak muntah. pastu,dalam kepala otak ni dok pikir juz nak makan nasik nasik nasik. kalo makanan2 lain memang x boleh nak pandang. pulak tu,kalau nak makan nasik,terasa nak makan lauk telur mata kerbau ngan kicap jer. sangat pelik! bila da makan telur tiap2 ari,jadik muak la pulak. bila aku pikir balik,aku x boleh makan telur tiap2 ari. mak aku kata bahaya. kalau makan telur banyak2,peratus untuk MENGGEMUKKAN seseorang tu sangat tinggi okkay!! aku takottttt=))

sekarang ni kat dapur kitorang xder lauk ayam or daging. even ikan pun da abis. sangat sedih!! so,tiap2 ari memang akan makan ikan bilis + telur. disebabkan semua orang xder duit,x boleh nak bayar duit dapur. so,duit untuk beli barang dapur pun xde. kesimpulannya,x boleh nak beli pape. sebab tu jadik camni. tiap2 ari mengadap ikan bilis + telur. kalau ada orang yang rajin beli sotong or udang,ade la jugak seafood untuk dijadikan lauk. tapi,aku ni jenis allergic seafood. xleh makan. susah jugak!

rasa macam da lama x makan ayam or daging. malas nak mintak ayam ngan budak laki. sebab selama ni da banyak kali mintak ngan diorang. macam menda da diorang kasik.l selain ayam,telur la,minyak la,gula pun kadang2 mintak ngan diorang. haha~~ aku rasa sangat rindu dekat ayam. ntah2 ayam pun rindu jugak dekat aku. hak2~

time ni sebab da terasa muak nak makan nasik ngan telur tetiba aku rasa nak makan udon. aku sangat suka udon. kalau boleh aku nak makan udon tiap2 ari! haha.. aku memang sangat x kisah kalau ada orang suruh aku makan udon tiap2 ari. tapi,penat la kan nak kena makan kat luar. da la x berduet sangat ni. tapi,aku x reti buat kuah udon tu sendiri. nampak gaya nak kena belajar ni. bleh sep duit=)) x payah nak hegeh2 pegi makan kat luar. mahaiii~

walaupun x der selera nak makan nasik,aku tetap ader selera nak makan udon. kenot kurus aa kalo camni. ngeh2~

wah!! sangat panjang aku mengarut2 kat blog. nak keluar pasni ngan ain + ila..
bye2~~

Monday 25 January 2010

owh!!

aku baru aje balik dari sotsuken. sebelum pergi mandi,mengarut2 kat blog dulu. fuh!!sangat penat dan mengantuk mata yang amat sangat. tapi,aku akan berusaha untuk menahan ngantuk ini. kalau boleh da xnak tido petang. sebab nanti malam,sangat susah nak lelap. dok baring + pusing kiri kanan dekat dengan sejam pun,memang susah nak tutup mata. sangat bermasalah okkay!!

hari ini aku rasa sangat rajin(perasan sesorang) sebab aku wat sotsuken sampai pukul 6.30 p.m.. bila on da way nak balik hostel,memang kat luar da gelap gelita. agak takut sebab jalan sorang2. tapi,cuba buat cool~~ nasib baik ader jugak jumpa dengan 2 3 orang budak jepun on da way balik dari bukatsu(club???) da lama aku rasa x wat sotsuken sampai kul 6 lebih. selalu nya kalau da kul 5 tu,aku da rasa lewat giler. so,aku balik awal2 sebelum kul 5. yer la,aku rasa sangat penat duduk kat sotsuken lama2. lagipun aku ni bukannya tahu sangat nak wat aper. nak kena tunggu sensei ajar,baru nak gerak. kalau nak harap aku tanya sensei,hmmm~~ boleh bilang ngan jari la berapa kali aku tanya sensei=))

hari ni sensei tolong wat sotsuken aku lagi!! sebelum winter break ari tu pun,sensei da tolong watkan sikit2. aku sangat gembira. sebab aku memang x boleh nak wat sendiri. sensei pun paham. sebab selalu tengok aku dok nganga jer kat sotsuken,x wat pape. so,sensei tolong la wat kan sikit2=)) pape pun,tima kasih sensei!! even sensei tolong wat sotsuken kat aku,masalah nak wat ronbun xkan setel jugak. aku sangat x tahu nak tulis apa. macam mana nak mengarang sampai tahap berbelas2 page?? ohhh.... x tahu!!

lepas ni,aku rasa nak kena pikir macam2 hal. pasal sotsuken,ronbun,happyou,shiken.. owh!!terasa sangat busy. akhir bulan 2 nanti baru setel semua menda2 ini.
saya mesti berusaha. yeah!!

owh.. nak kena pergi mandi la..
lapar2.. nak makan nasik=))

frust

semangat giler aku tunggu ari ni. akhirnya menjelma jugak=)) tapi,aku sangat frust! sebab ingatkan ari ni masuk scholar,tengok2 29hb ni. huhu.. terpaksa la menahan kemiskinan ini untuk 4 hari lagi:(( walau macam mana sekali pun,tima kasih kepada encik T.Funahashi=)) saya tahu,kamu da berusaha yang terbaik untuk kami. tapi sebab ader problem skit,duit tu x leh nak kasi lagi dekat kami. saya akan menunggu dengan penuh kesabaran. yeah!!

Sunday 24 January 2010

snowboard

semalam kitorang budak2 tsuyama pergi main snowboard lagi. sebelum ni da penah pergi,tapi x main sama2. tapi,semalam kitorang main sama2. budak2 gonen + trah main snowboard. tapi kohai2 main ski. walaupun jatuh tergolek2 dan badan sakit sana sini ianya sangat best!!

kitorang pergi dengan 2 bijik kereta(honda fit + mazda demio). kitorang budak2 gonen decided nak naik kereta sama2. sebab lepas ni bila da grad dari kosen,da susah la nak jalan sama2 berlima. tapi,harap2 nya lepas ni boleh gi jalan2 lagi. time pergi snowboard,walaupun aku x berduet sangat,nasib baik ader yang memahami. terima kasih kepada ................... yang tolong sapot=)) saling membantu amalan mulia. hehe..

aku,ila n ain baru nak blajar break depan. sebab kami ni budak baru belajar,so nak kena ader orang yang ajar kami. tima kasih diucapkan kepada adnan sebab sudi ajar kitorang=)) walaupun tak berapa berjaya,tapi aku puas hati. at least ader la jugak perubahan even sikit. lepas main snowboard,kitorang makan nasi goreng yang kitorang bawak bekal. nasi goreng tu da jadik sejuk sebab tinggal dalam kereta=))walaupun x berapa sedap,sebab da lapar sangat,makan saja aper yang ada..hehe..lain kali mahu pergi main snowboard lagi!!



us!!


credit to adnan=))


on da way nak gi tempat yang best skit


aku tengah mencuba


ila si driver..tima kasih


ain pembantu driver


adnan pengajar kami


shahirul yang tolong ikat tali kasut


girl frens


boy frens


snowboard yang sangat best!!

rindu

saya sangat rindu sama my girl frens====>BALQIS n MIMIE
tapi,saya tau diorang sangat busy sekarang sbb nak kena setel pasal sotsuken..
terasa nak jumpa diorang sangat2 okkay!!
nanti bila ader masa,nak pergi berjoli sakan..
jom..ILA n AIN!!!

Saturday 23 January 2010

life

saya happy dengan life saya sekarang=))
tapi,bila kadang2 kalau saya nampak kawan2 saya sedih,saya rasa kesian..
saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada dan alami sekarang ini~~
walau camne sekali pun,time susah or senang,i will support all of u!!
saya sangat sayang kawan2 saya!!

Monday 18 January 2010

esok cuti..yeah!!

terasa nak pergi menyanyi2 la=))
da lama x melalak beramai2...seronok2~~
sebelum ni berapa kali plan nak pergi,asyik terbantut saje..
hari ini mesti pergi!!
sebab esok cuti..yeah!!

sebelum grad kosen,akan aku jadikan hari2 terakhir di kosen ini sebagai hari2 yang sangat2 indah
\(^0^)/
so,nak tangkap gambar byk2..jadikan kenangan=))

Friday 8 January 2010

3 kali

da lama x update blog..malas n konon2 bizi..
melayan citer 24 jam
ni,aku baru abis tengok citer
you`re beautiful kali ketiga=))
haha..
memang sangat giler..
da cukup da..puas ati!!