Thursday 21 October 2010

haish

wey2..tolong la!!
x payah nak promote kat aku byk2 kali la..
wat serabut jer..
dlm masa seminggu 3 kali dtg umah aku..nak berehat pun x senang!!
hisshhhhhhh~~
aku xkan tukar la..
never ever change my mind!!!

Monday 9 August 2010

kopi pes dari sumber tertentu..haha

20 cara untuk menjadikan roomate anda gila=))

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Friday 30 July 2010

down

lagu DOWN berkumandang dengan penuh rancak dalam kepala aku..
sangat down!!
x tahu nak buat ape

Monday 19 July 2010

dot dot dot

complicated
tidak tahu
serabut serabai
tak paham

titik!!

Saturday 22 May 2010

relaxing day

hari ini bangun pun da lewat. lepas mandi,kemas rumah,basuh baju n dok mengadap pc. petang ni nak gi jogging!! kasik FIT skit..hahaha~~

Saturday 15 May 2010

^____^

saya suka weekend!! boleh berehat2, boleh tido2=))
semalam, kuar pegi karok ngan diorang2 ni. karok sampai lebam! saya suke okkay~~

weekend kali ini, saya tidak keseorangan. ada orang teman. my junior, FYQA datang stay kat sini. dia datang sebab ader entrance exam kat sini. dia sampai semalam, maybe balik lusa. sebelum ni masa golden week dia dah datang, tapi x sempat nak wat pape. time tu bizi giler. so rasanya hari nih,nak masak ayam percik. nak makan beramai2=))

saya tahu, lately saya sangat gembira kalau nak compare dengan sebelum2 ni. syukur sangat2 sebab usaha selama ini berhasil..alhamdulillah...i know what i had done!! i hope my happy life will be forever~~~

i love my frens!!
muahhssss~~


saya sangat sayang dekat mereka

my BFF
miss them damn much!!

best buddies

my BFF
miss her so much

my junior yang sangat best
sayang korang!!



Saturday 8 May 2010

daku rindu kamu2 semua!!

really miss my girl frens..
also miss my kohai2..
sangat sayang dekat mereka2 semua..

time golden week hari tu,ramai yang datang tokushima,so aku rasa sangat2 happy. tapi bila diorang semua da balik,rasa sabishi giler. korang!!! datang la tokushima lagik=))

thanks a lot sebab korang telah membuatkan daku gembira
ade masa kita jumpa lagi~~

gambar time golden week

Friday 23 April 2010

hissashiburi buri

waa..da lama x update blog..da berabuk da ni rasanya..
pape pun update later la..
skang ni xder mood lagi nak menulis2
daa~~

Wednesday 10 March 2010

...............

This morning, got a news about my friend
Just one word that i can say....SHOCKED!!!!
Can`t believe what had happened=((
Really don`t know what to do
Be tough,be strong, my dear~
You still got us
I will support you
I will pray again and again
Love u sooooo much!!

Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan-Mu..lapangkanlah dadaku tabahkanlah hatiku tenangkanlah jiwaku..Amin...

Friday 5 March 2010

merepek

Ohayou~
Aku da lama bangun. sambil2 berehat terasa nak tulis blog. lagipun dah lama tak update blog. sebelum ni agak busy dan malas. tapi sejak cuti ni,x rasa busy langsung. seronok!! sebab aku boleh tido puas2. boleh rehat banyak2=)

Pagi tadi,pukul 7 suku da tak boleh tido. maybe x boleh nak lelap mata sebab dari malam tadi memang niat nak bangun awal,nak kemas barang2. risau la jugak sebab banyak barang lagi yang perlu dikemas. sambil2 rehat bukak fesbuk,upload gambar sikit. bila tengok balik gambar2 lama,terasa sedih sebab da x lama lagi nak tinggalkan Tsuyama. lepas ini aku akan jadi warga Tokushima pulak selama 2 tahun. insya Allah=))

Selama 3 tahun aku duduk dekat Tsuyama ni,macam2 menda yang aku buat. macam2 benda yang jadi. sepanjang aku kat sini kiranya segala kenangan pahit,kenangan manis semuanya ada. sampai bila2 akan aku ingat. lepas ni da nak tinggalkan Tsuyama. perpisahan akan terjadi! aku rasa maybe semua orang tak suka perpisahan. aku jugak tidak suka. tapi,bak kata pepatah setiap pertemuan mesti ada perpisahan. huhu~
aku harus redi untuk berpisah lepas ni=((

Sebenarnya x ada ape pun aku nak tulis. saje merepek pagi2 hari sebab bosan sangat. ok lah. nak tido kejap. terasa macam penin2 lalat jer ni.
babai~


jejaka2 di Tsuyama=))



girls Tsuyama yang best!!

Saturday 20 February 2010

tag

sekarang ini saya sangat bosan. malas nak betulkan ronbun,so buat tag kejap=))

Soalan 1 ~ Where is your cell phone ?
atas katil.tengah cas
Soalan 2 ~ Relationship ?
single and abelebel
Soalan 3 ~ Your Hair ?
ada rambut(tidak botak ye) n hitam(bukan kalerful)
Soalan 4 ~ Work ?
dapat duit drp JPA untuk ngadap buku + berjoli kat jepun
Soalan 5 ~ Your sister ?
kakak da ada anak pompuan yang sangat comel nama nurul aqilah
adik pompuan yg sangat cun kalau nak banding dengan saya=))
Soalan 6 ~ your favourite thing ?
saya suka buah buahan(ni pon bleh diterima jugak kan??)
Soalan 7 ~ Your dream last night ?
da lupa
Soalan 8 ~ Your favourite drink ?
soya + carrot susu
saya sangat suka susu lembu kat sini=))
Soalan 9 ~ Your dream car ?
audi A4(yang Jang Geun Suk guna dalam citer You`re Beautiful..kaler biru tuu)
Soalan 10 ~ Your shoes ?
baru beli 2 pasang high heels kaler itam + merah..saya sukee!!
Soalan 11 ~ Your fears ?
citer hantu..sepanjang hidup x sampai 10 pun citer hantu yg saya tengok
Soalan 12 ~ What do you want to be after 10 years ?
nak jadi anak,ibu yang baik=))
Soalan 13 ~ Who did you hang out with last weekend ?
hang out kebenda nya..dok kat bilik jer..sebab tengah exam:((
Soalan 14 ~ Missing ?
YOU!!
Soalan 15 ~ What are you thinking about right now ?
nak menelefon seseorang sbb da janji nak call
Soalan 16 ~ Favourite colour ?
pink pun boleh..purple pun suka gak..kadang2 tu x tentu jugak,kaler lain pun rembat
Soalan 17 ~ Love ?
sekarang ini x terpikir untuk melibatkan diri dengan perkataan ini=))
saya takut!!
Soalan 18 ~ So who wants to share their one ? how about ?
balqis
ulya
iyda kohai
jella kat msia sana=))

kalau rajin la..saya x nak paksa kamu=))

Tuesday 16 February 2010

final exam

saya tengah final exam sekarang ini. exam stat semalam,habis hari jumaat ni. then,nak kena pulun wat slide untuk presentation jumaat next week. walaupun tengah exam, tapi x berapa nak ada mood untuk belek buku bersungguh2 hati. juz ambik syarat jer bukak buku.

time tengah exam ni,terasa rindu dengan semua orang. rindu my family,kawan2 lama,sedara mara kat kelantan,sepupu2 merata2 tempat. terasa nak jumpa diorang!! so,untuk lepaskan rindu ini,saya menelefon ramai orang=)) mula2 call umah. sembang dengan ma + kak + adik2. lepas tu, call mak sedara pulak. call sepupu. call nenek. haha~ abis semua orang saya call. last skali chat ngan kawan2 lama kat ym. hilang rasa rindu!!

yeay!!da ader semangat nak bukak buku..(ye ker??)
gambare untuk next paper!!
6 papers to go!!

Saturday 13 February 2010

:((

RINDU ITU SANGAT SAKIT!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SABAR~~~

Monday 8 February 2010

lelaki dan suit

Saya suka melihat orang lelaki berpakai suit lengkap dan kasut hitam. kadang2 kalau diperhatikan,orang tu xde la hensem giler,tapi kalau bila da pakai suit,saya rasa dia sangat macho dan bergaya!! saya suka okkay=)) kadang2 tu boleh cair. haha~

Last week,ada amik gambar sekelas untuk buat album grad. masa tu,saya nampak semua budak kelas saya sangat hensem! sebab diorang semua pakai suit. ingat nak tangkap gambar ngan diorang tapi,x sempat sebab kat luar sangat sejuk. so
semua orang balik kelas cepat2 dan saya pun berlari2 balik hostel cepat2.

Ju
st sempat ambik gambar dengan bekas tutor jer..Iida Yukako


menahan kesejukan

Thursday 4 February 2010

sabar!!

time tengah duduk wat sotsuron,terasa gatal jer tangan ni nak bukak citer you`re beautiful. tapi,sabar2!!!
nanti bila da abis semua ni,boleh la aku nak tengok untuk kali ke pat puloh skali pun=))

Monday 1 February 2010

february

hari ini da masuk bulan February. lepas ni,saya nak kena pikir banyak menda. bulan 2 maybe akan busy sebab semua menda nak kena setel dalam masa sebulan ni. sotsuron(thesis research), exam, happyou(presentation).. i will survive=))

bosan

sekarang ini saya ader kat bilik sotsuken(research). sedang buat sotsuron(thesis research). terasa nak balik bilik cepat2. dok kat bilik ni dari kul 10 pagi tadi lagi. sangat bosan okkay! da la tempat duduk x best. meja tinggi sangat so,rasa tidak selesa. last week saya da buat sotsuron 6 page. hari ini sambung buat lagi. sekarang ni da jadi 11 page. just tinggal 5 page jer lagi. saya kena berusaha!!

mood:nak balik bilik cepat2 sebab nak melayan citer. nak kasik hati yang gembira ini bertambah ceria!!=))

......................

tetiba terasa sedih
tetiba terasa nak nangis
tetiba terasa terpikir macam2
tetiba rasa kepala ini sangat serabut
tetiba diri sendiri pun x paham dengan diri sendiri














































kenapakah????
kenapakah????
kenapakah????

Sunday 31 January 2010

shopping!!

weekend ini saya sangat busy! bukannya busy dengan wat keje ke ape,tapi busy berjalan2 ke sana ke mari sambil menghabiskan duit. 2 hari lepas(jumaat),scholar masuk. yeay! saya gembira. tetapi..............dalam masa 2 hari duit saya da jadi x sampai separuh. at least,saya tahu saya guna untuk ape dan saya nampak barang2 apa yang saya beli. kalau selama ni,selalu terasa duit hilang ntah ke mana,tapi barang yang dibeli xder pape.

semalam,pagi2 hari da bangun. kul 9 saya da tercongok depan laptop. bukan senang nak bangun pagi time weekend,tapi digagahkan juga diri ini untuk bangun sebab nak pegi softbank dengan tujuan yang tertentu=)) lepas pegi softbank,pegi UNI CLO. alang2 da dekat tu,jalan2 kejap. sangat giler bila tengok baju tengah sale! pulak tu,ade berkenan dengan baju yang sangat comel. last2,saya rembat 3 helai baju. ok!! rasanya da lama x shopping baju,so boleh dimaafkan=))

balik tgh hari tu,terasa sangat lapar. saya dengan yas singgah dekat Joyfull. call ain + ila suruh datang sebab memang da janji nak makan sama2 kat Joyfull. lepak kat Joyfull berjam2,then balik ryou. lepas maghrib,turun main badminton ramai2 sampai kul 8.30 p.m. sebab terlalu penat,kul 10.30 p.m. saya da penin2 + x larat nak bukak mata. da x pikir pasal cuci muka n gosok gigi,terus tarik futon. zzzzzzzzzz~~

pagi tadi,kul 10 a.m. ila datang ketuk bilik..
ila:nina,nak gi jusco??
saya:sape yang gi?
ila:ore ngan ain jer..
saya:nak pegi la jugak=))

kul 11 pegi jusco,balik kul 5. penat!! sebenarnya niat pegi jusco just nak berjalan2 je. tapi,last2 bila da pegi jusco,nampak baju yang sangat murah. hari ni beli baju selai lagi. pastu shopping lagi menda2 lain. sangat heaven!! bila balik ryou,tengok purse,KERING!! haha. pape pun,saya puas ati=))

balik dari jusco,turun main badminton lagi. even penat pun x kisah,asal boleh main ramai2. saya suka!! lepas tu,balik masak. sangat x larat dan sekarang ni rasa sangat mengantuk. esok da hari isnin. malas sangat nak pegi kelas. ponteng???? hahaha

fuh!! weekend ini sangat full. tapi,yang penting saya gembira:))

Thursday 28 January 2010

risau tapi malas

saya sangat risau pasal sotsuken dan sotsuron. tapi,saya sangat malas nak buat. memang saya tahu saya sangat bermasalah!!
..sekian terima kasih..

mission

mission in action!! aku skang ni tengah dok cari kawan2 sekolah rendah kat fesbuk. malam tadi ada la jugak jumpa 5 6 orang. x boleh nak kontek dengan semua orang sebab x semua kawan2 aku ader fesbuk. bila sembang ngan kawan2 lama,aku terasa rindu yang teramat sangat kat diorang. kalau boleh aku nak balik msia sekarang jugak. nak jumpa dengan diorang. tapi takpe,kitorang da janji,nanti aku balik msia,nak wat reunion. yeay!! seriesly aku rasa x sabar~

bila sembang2 ngan diorang,aku tau la bahawasanya da ramai kawan2 aku yang kawen. yang da tunang pun ramai. pulak tu x boleh blah bila diorang tanya kat aku,nak kawen bila? haha.. soklan ni aku pass=)) memang aku x mampu nak jawab. pape pon,nanti jumpa ngan diorang,nak berciter banyak2:))

Wednesday 27 January 2010

something

saya terasa `something happened`. dan saya tau ianya memang sangat tidak disangka. kalau boleh nak lari jauh2. tapi,x boleh! saya kena berusaha untuk setel menda ni. tapi,hakikatnya memang x boleh nak tipu diri sendiri:((

Tuesday 26 January 2010

give up

subjek 数値解析 sangat susah! sepanjang setahun saya belajar,tidak mengetahui apa2. dan tidak ada ilmu langsung. sudah mahu give up kat subjek ni. da x kisah nak jadik ape pun,jadik la. last week ader exam dan saya dapat markah ............. je. FAILED!! lusa ader saishi! sangat malas nak studi. sebab da tau mesti x dapat jawab jugak even stadi bagai nak terkeluar bijik mata. rasa macam x mau pergi amik saishi,tapi sebab segan dengan sensei,terpaksa pergi jugak nanti. urghhhhh!!! dalam kepala otak sekarang ni juz terpikir nak give up nak give nak give up!!

tetiba..

lately tetiba aku rasa macam2. semalam bila tengok gambar aqilah yang latest,aku rasa macam nak balik msia. da la time2 macam ni lagi la menguatkan ati aku untuk mahu pulang ke malaysia. tapi,aku tahu x boleh! kena sabar sampai bulan 8 ni. insya Allah boley balik.

pastu dari last week,aku rasa semacam. aku lapar,tapi kalau tengok makanan macam nak muntah. pastu,dalam kepala otak ni dok pikir juz nak makan nasik nasik nasik. kalo makanan2 lain memang x boleh nak pandang. pulak tu,kalau nak makan nasik,terasa nak makan lauk telur mata kerbau ngan kicap jer. sangat pelik! bila da makan telur tiap2 ari,jadik muak la pulak. bila aku pikir balik,aku x boleh makan telur tiap2 ari. mak aku kata bahaya. kalau makan telur banyak2,peratus untuk MENGGEMUKKAN seseorang tu sangat tinggi okkay!! aku takottttt=))

sekarang ni kat dapur kitorang xder lauk ayam or daging. even ikan pun da abis. sangat sedih!! so,tiap2 ari memang akan makan ikan bilis + telur. disebabkan semua orang xder duit,x boleh nak bayar duit dapur. so,duit untuk beli barang dapur pun xde. kesimpulannya,x boleh nak beli pape. sebab tu jadik camni. tiap2 ari mengadap ikan bilis + telur. kalau ada orang yang rajin beli sotong or udang,ade la jugak seafood untuk dijadikan lauk. tapi,aku ni jenis allergic seafood. xleh makan. susah jugak!

rasa macam da lama x makan ayam or daging. malas nak mintak ayam ngan budak laki. sebab selama ni da banyak kali mintak ngan diorang. macam menda da diorang kasik.l selain ayam,telur la,minyak la,gula pun kadang2 mintak ngan diorang. haha~~ aku rasa sangat rindu dekat ayam. ntah2 ayam pun rindu jugak dekat aku. hak2~

time ni sebab da terasa muak nak makan nasik ngan telur tetiba aku rasa nak makan udon. aku sangat suka udon. kalau boleh aku nak makan udon tiap2 ari! haha.. aku memang sangat x kisah kalau ada orang suruh aku makan udon tiap2 ari. tapi,penat la kan nak kena makan kat luar. da la x berduet sangat ni. tapi,aku x reti buat kuah udon tu sendiri. nampak gaya nak kena belajar ni. bleh sep duit=)) x payah nak hegeh2 pegi makan kat luar. mahaiii~

walaupun x der selera nak makan nasik,aku tetap ader selera nak makan udon. kenot kurus aa kalo camni. ngeh2~

wah!! sangat panjang aku mengarut2 kat blog. nak keluar pasni ngan ain + ila..
bye2~~

Monday 25 January 2010

owh!!

aku baru aje balik dari sotsuken. sebelum pergi mandi,mengarut2 kat blog dulu. fuh!!sangat penat dan mengantuk mata yang amat sangat. tapi,aku akan berusaha untuk menahan ngantuk ini. kalau boleh da xnak tido petang. sebab nanti malam,sangat susah nak lelap. dok baring + pusing kiri kanan dekat dengan sejam pun,memang susah nak tutup mata. sangat bermasalah okkay!!

hari ini aku rasa sangat rajin(perasan sesorang) sebab aku wat sotsuken sampai pukul 6.30 p.m.. bila on da way nak balik hostel,memang kat luar da gelap gelita. agak takut sebab jalan sorang2. tapi,cuba buat cool~~ nasib baik ader jugak jumpa dengan 2 3 orang budak jepun on da way balik dari bukatsu(club???) da lama aku rasa x wat sotsuken sampai kul 6 lebih. selalu nya kalau da kul 5 tu,aku da rasa lewat giler. so,aku balik awal2 sebelum kul 5. yer la,aku rasa sangat penat duduk kat sotsuken lama2. lagipun aku ni bukannya tahu sangat nak wat aper. nak kena tunggu sensei ajar,baru nak gerak. kalau nak harap aku tanya sensei,hmmm~~ boleh bilang ngan jari la berapa kali aku tanya sensei=))

hari ni sensei tolong wat sotsuken aku lagi!! sebelum winter break ari tu pun,sensei da tolong watkan sikit2. aku sangat gembira. sebab aku memang x boleh nak wat sendiri. sensei pun paham. sebab selalu tengok aku dok nganga jer kat sotsuken,x wat pape. so,sensei tolong la wat kan sikit2=)) pape pun,tima kasih sensei!! even sensei tolong wat sotsuken kat aku,masalah nak wat ronbun xkan setel jugak. aku sangat x tahu nak tulis apa. macam mana nak mengarang sampai tahap berbelas2 page?? ohhh.... x tahu!!

lepas ni,aku rasa nak kena pikir macam2 hal. pasal sotsuken,ronbun,happyou,shiken.. owh!!terasa sangat busy. akhir bulan 2 nanti baru setel semua menda2 ini.
saya mesti berusaha. yeah!!

owh.. nak kena pergi mandi la..
lapar2.. nak makan nasik=))

frust

semangat giler aku tunggu ari ni. akhirnya menjelma jugak=)) tapi,aku sangat frust! sebab ingatkan ari ni masuk scholar,tengok2 29hb ni. huhu.. terpaksa la menahan kemiskinan ini untuk 4 hari lagi:(( walau macam mana sekali pun,tima kasih kepada encik T.Funahashi=)) saya tahu,kamu da berusaha yang terbaik untuk kami. tapi sebab ader problem skit,duit tu x leh nak kasi lagi dekat kami. saya akan menunggu dengan penuh kesabaran. yeah!!

Sunday 24 January 2010

snowboard

semalam kitorang budak2 tsuyama pergi main snowboard lagi. sebelum ni da penah pergi,tapi x main sama2. tapi,semalam kitorang main sama2. budak2 gonen + trah main snowboard. tapi kohai2 main ski. walaupun jatuh tergolek2 dan badan sakit sana sini ianya sangat best!!

kitorang pergi dengan 2 bijik kereta(honda fit + mazda demio). kitorang budak2 gonen decided nak naik kereta sama2. sebab lepas ni bila da grad dari kosen,da susah la nak jalan sama2 berlima. tapi,harap2 nya lepas ni boleh gi jalan2 lagi. time pergi snowboard,walaupun aku x berduet sangat,nasib baik ader yang memahami. terima kasih kepada ................... yang tolong sapot=)) saling membantu amalan mulia. hehe..

aku,ila n ain baru nak blajar break depan. sebab kami ni budak baru belajar,so nak kena ader orang yang ajar kami. tima kasih diucapkan kepada adnan sebab sudi ajar kitorang=)) walaupun tak berapa berjaya,tapi aku puas hati. at least ader la jugak perubahan even sikit. lepas main snowboard,kitorang makan nasi goreng yang kitorang bawak bekal. nasi goreng tu da jadik sejuk sebab tinggal dalam kereta=))walaupun x berapa sedap,sebab da lapar sangat,makan saja aper yang ada..hehe..lain kali mahu pergi main snowboard lagi!!



us!!


credit to adnan=))


on da way nak gi tempat yang best skit


aku tengah mencuba


ila si driver..tima kasih


ain pembantu driver


adnan pengajar kami


shahirul yang tolong ikat tali kasut


girl frens


boy frens


snowboard yang sangat best!!

rindu

saya sangat rindu sama my girl frens====>BALQIS n MIMIE
tapi,saya tau diorang sangat busy sekarang sbb nak kena setel pasal sotsuken..
terasa nak jumpa diorang sangat2 okkay!!
nanti bila ader masa,nak pergi berjoli sakan..
jom..ILA n AIN!!!

Saturday 23 January 2010

life

saya happy dengan life saya sekarang=))
tapi,bila kadang2 kalau saya nampak kawan2 saya sedih,saya rasa kesian..
saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada dan alami sekarang ini~~
walau camne sekali pun,time susah or senang,i will support all of u!!
saya sangat sayang kawan2 saya!!

Monday 18 January 2010

esok cuti..yeah!!

terasa nak pergi menyanyi2 la=))
da lama x melalak beramai2...seronok2~~
sebelum ni berapa kali plan nak pergi,asyik terbantut saje..
hari ini mesti pergi!!
sebab esok cuti..yeah!!

sebelum grad kosen,akan aku jadikan hari2 terakhir di kosen ini sebagai hari2 yang sangat2 indah
\(^0^)/
so,nak tangkap gambar byk2..jadikan kenangan=))

Friday 8 January 2010

3 kali

da lama x update blog..malas n konon2 bizi..
melayan citer 24 jam
ni,aku baru abis tengok citer
you`re beautiful kali ketiga=))
haha..
memang sangat giler..
da cukup da..puas ati!!